Thursday, March 14, 2013

VACCINE JEMAAH UMRAH DAN HAJI

As salam, sekarang ni banyak yang berpeluang mengerjakan umrah ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah, Doakan saya dan keluarga pun berpeluang untuk menjadi tetamu Rumah Allah suatu hari nanti. Amin. 
Just nak berkongsi ilmu tentang suntikan vaksin untk jemaah umrah dan haji sebelum ke tanah suci. Biasenye sebelum berangkat salah satu persiapan adalah vaksinasi setiap jemaah.
 
so kat sini ada sikit panduan utk semua jemaah umrah/haji yer 
sumber dari e-Fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia

"Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi. Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan digunakan kepada bakal
jemaah haji dan umrah adalah Vaksin 'Meningococcal Mengintis A, C. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat perubahan corak jenis kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi mewajibkan penggunaan Vaksin 'Meninggococcal Meningitis jenis A, C, Y, W135 yang juga dikenali sebagai Vaksin 'Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135). Satu suntikan Vaksin 'Meningococcal Meningitis (ACYW135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selama 3 tahun dari jangkitan penyakit 'Meninggococcal Meningitis yang disebabkan oleh kuman Nisseria Meningitidies dari SerotypeA, C, Y, dan W135"

so kat malaysia ni ada 2 jenis vaksin yang diluluskan utk jemaah umrah/haji

 Jenama : Monumune Injection
Pengeluar : Syarikat Aventis Pharma, Malaysia
(Bahan mentah yang digunakan termasuk sumbersumber bovine (lembu), porsin (khinzir) dan Avian (itik). Bahagian yang digunakan termasuk susu, limpa dan bulu itik)
 
Jenama : Mencevax Injection
Pengeluar : Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa daripada susu lembu)
 
Vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dari jenama Mencevax yang dipasarkan oleh Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceutical.

macam terkejut je kan? ada plak kandungan porsin (khinzir) dalam vaksin utk org nak pegi haji? huhu.. jangan risau kalau ragu2 tanye dulu sebelum kene cucuk! kebiasaan yang digunakan di malaysia adalah jenis mencevax injection.

siape yang perlu kene cucuk?
orang2 dewasa for sure kene cucukla.. tapi kadang-kadang ada jemaah yang terpaksa bawa anak kecil bersama. 
anak-anak kecil perlu ke cucuk?
jawapannye bergantung umur anak, jika bawah umur 2 tahun tak perlu tetapi jika atas 2 tahun digalakkan dan of course warga emas! tu semua extreme age yang perlukan perlindungan dari terjangkiti. 

bagi ibu2 yang sedang hamil pun tidak digalkkan mengambil suntikan tersebut sebb takut risiko pada bayi yang dikandung. Ok!

ni plak maklumat dari web Tabun Haji. antara vaksin pilihan yang disyorkan, tapi kene tanggung sendiri bayaran yer!

Imunisasi / Pelalian Tambahan

1. Imunisasi wajib :-
  • Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
    • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab
    • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci
    • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 2 tahun
    • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran)
2. Imunisasi pilihan (dibiayai sendiri oleh bakal haji:- 
Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :-
  • Vaksin Influenza
    • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
    • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
    • Bakal Haji berumur 60 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini.
       
  • Vaksin Pneumokokus 23 - valent
    • Bakal Haji berumur 60 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius  di  paru-paru  yang  disebabkan  oleh  bakteria.
    • Penyakit ini  merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.

harap2 sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yer! tq. wassalam.

Tuesday, January 15, 2013

Setahun berlalu

As salam, hampir setahun tak mengupdatekan blog rainbow nikan? hehe.. kalau ikutkan selama setahun lebeh ni la macam - macam da terjadi... last entri aku cerita pasal kene pindah ke klinik tanjung kling.. (11 january 2012) which is my first choice masa isi borang mohon pertukaran ke klinik kesihatan. hmm.. tempat baru, surrounding baru, kawan baru, klinik pun baru.. kalau dulu dok kat klinik tengkera kena kongsi bilik, dok sini dapat bilik sendiri.. so da dapat bilik sendiri, buat mcm rumahla.. hehe..

     Sepanjang setahun dok di klinik tanjung ni, memang seronok.. sebb staf dan rakan2 seangkatan semua best2! Alhamdulillah, bila keadaan mcm ni, nak kerja pun jadi seronok even patient semakin ramai..(derang slalu kata klinik besar perkhidmatan pun akan cepat.. tp rasanye sama gak.). tapi tu tak jadi masalah.. Biarla ramai mana, tapi kalau rakan sekerja dan staf sokongan bagus2 in shaa Allah everything will be fine...

     Selepas sebulan dok kat klinik ni, MO semakin bertambah selain dari rakan yang asal memang kat klinik tanjung (kak ab, dr azlan, law, vaneesha, cristable and cress) shiela, fairuz, a'ina n ridu... seorang demi seorang teman baru datang dan menjadi rakan sekerja yang memaNG da bestla!! sayang korang! tapi sorang demi sorang kuar gak.. huhu...fairuz, shiela da pindah, then a'ina.. last2 dapatla perkhabaran yang buat aku berbelah bahagi.. aku pun kene pindah.. tapi takla jauh!! klinik sg udang je pun.. hmm.. redha jela.. walaupun sementara, tapi masih sedih gak.. so kene adapt dengan surrounding n kawan2 sekerja yang baru semula.. semoga everything berjalan lancar...

      Buat rakan-rakan sekalian, terima kasih menjadi sebahagian dari hidup ku...life of rainbow

p/s: nanti pic saya upload..