Thursday, March 14, 2013

VACCINE JEMAAH UMRAH DAN HAJI

As salam, sekarang ni banyak yang berpeluang mengerjakan umrah ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah, Doakan saya dan keluarga pun berpeluang untuk menjadi tetamu Rumah Allah suatu hari nanti. Amin. 
Just nak berkongsi ilmu tentang suntikan vaksin untk jemaah umrah dan haji sebelum ke tanah suci. Biasenye sebelum berangkat salah satu persiapan adalah vaksinasi setiap jemaah.
 
so kat sini ada sikit panduan utk semua jemaah umrah/haji yer 
sumber dari e-Fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia

"Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi. Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan digunakan kepada bakal
jemaah haji dan umrah adalah Vaksin 'Meningococcal Mengintis A, C. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat perubahan corak jenis kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi mewajibkan penggunaan Vaksin 'Meninggococcal Meningitis jenis A, C, Y, W135 yang juga dikenali sebagai Vaksin 'Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135). Satu suntikan Vaksin 'Meningococcal Meningitis (ACYW135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selama 3 tahun dari jangkitan penyakit 'Meninggococcal Meningitis yang disebabkan oleh kuman Nisseria Meningitidies dari SerotypeA, C, Y, dan W135"

so kat malaysia ni ada 2 jenis vaksin yang diluluskan utk jemaah umrah/haji

 Jenama : Monumune Injection
Pengeluar : Syarikat Aventis Pharma, Malaysia
(Bahan mentah yang digunakan termasuk sumbersumber bovine (lembu), porsin (khinzir) dan Avian (itik). Bahagian yang digunakan termasuk susu, limpa dan bulu itik)
 
Jenama : Mencevax Injection
Pengeluar : Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa daripada susu lembu)
 
Vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dari jenama Mencevax yang dipasarkan oleh Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceutical.

macam terkejut je kan? ada plak kandungan porsin (khinzir) dalam vaksin utk org nak pegi haji? huhu.. jangan risau kalau ragu2 tanye dulu sebelum kene cucuk! kebiasaan yang digunakan di malaysia adalah jenis mencevax injection.

siape yang perlu kene cucuk?
orang2 dewasa for sure kene cucukla.. tapi kadang-kadang ada jemaah yang terpaksa bawa anak kecil bersama. 
anak-anak kecil perlu ke cucuk?
jawapannye bergantung umur anak, jika bawah umur 2 tahun tak perlu tetapi jika atas 2 tahun digalakkan dan of course warga emas! tu semua extreme age yang perlukan perlindungan dari terjangkiti. 

bagi ibu2 yang sedang hamil pun tidak digalkkan mengambil suntikan tersebut sebb takut risiko pada bayi yang dikandung. Ok!

ni plak maklumat dari web Tabun Haji. antara vaksin pilihan yang disyorkan, tapi kene tanggung sendiri bayaran yer!

Imunisasi / Pelalian Tambahan

1. Imunisasi wajib :-
  • Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
    • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab
    • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci
    • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 2 tahun
    • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran)
2. Imunisasi pilihan (dibiayai sendiri oleh bakal haji:- 
Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :-
  • Vaksin Influenza
    • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
    • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
    • Bakal Haji berumur 60 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini.
       
  • Vaksin Pneumokokus 23 - valent
    • Bakal Haji berumur 60 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius  di  paru-paru  yang  disebabkan  oleh  bakteria.
    • Penyakit ini  merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.

harap2 sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yer! tq. wassalam.

Tuesday, January 15, 2013

Setahun berlalu

As salam, hampir setahun tak mengupdatekan blog rainbow nikan? hehe.. kalau ikutkan selama setahun lebeh ni la macam - macam da terjadi... last entri aku cerita pasal kene pindah ke klinik tanjung kling.. (11 january 2012) which is my first choice masa isi borang mohon pertukaran ke klinik kesihatan. hmm.. tempat baru, surrounding baru, kawan baru, klinik pun baru.. kalau dulu dok kat klinik tengkera kena kongsi bilik, dok sini dapat bilik sendiri.. so da dapat bilik sendiri, buat mcm rumahla.. hehe..

     Sepanjang setahun dok di klinik tanjung ni, memang seronok.. sebb staf dan rakan2 seangkatan semua best2! Alhamdulillah, bila keadaan mcm ni, nak kerja pun jadi seronok even patient semakin ramai..(derang slalu kata klinik besar perkhidmatan pun akan cepat.. tp rasanye sama gak.). tapi tu tak jadi masalah.. Biarla ramai mana, tapi kalau rakan sekerja dan staf sokongan bagus2 in shaa Allah everything will be fine...

     Selepas sebulan dok kat klinik ni, MO semakin bertambah selain dari rakan yang asal memang kat klinik tanjung (kak ab, dr azlan, law, vaneesha, cristable and cress) shiela, fairuz, a'ina n ridu... seorang demi seorang teman baru datang dan menjadi rakan sekerja yang memaNG da bestla!! sayang korang! tapi sorang demi sorang kuar gak.. huhu...fairuz, shiela da pindah, then a'ina.. last2 dapatla perkhabaran yang buat aku berbelah bahagi.. aku pun kene pindah.. tapi takla jauh!! klinik sg udang je pun.. hmm.. redha jela.. walaupun sementara, tapi masih sedih gak.. so kene adapt dengan surrounding n kawan2 sekerja yang baru semula.. semoga everything berjalan lancar...

      Buat rakan-rakan sekalian, terima kasih menjadi sebahagian dari hidup ku...life of rainbow

p/s: nanti pic saya upload..

     

Wednesday, January 11, 2012

KeRjA KU..

Salam, bler kire-kire semula da 3 bulan aku berkhidmat kat klinik kesihatan Tengkera yang indah dan permai ini (hmm..iyerke). Neway, menurut sumber yang boleh dipercayai, aku akan bertukar ke Klinik Kesihatan Tnjg Kling esok..tapi surat itam putih eeeellleeekkk... lum sampai lagi kot.. So kalu diikutkan kene bekerja dengan surrounding baru, kawan2 baru dan pesakit2 baru... macam mane la ek?
Tapi tak per.. tu sume dinamakan kehidupan dan memang perlu supaya aku bertambah matang.. insyaAllah, segala berjalan lancar...
Memang itu yang aku minta dan doa supaya dapat berkhidmat dan menabur bakti pada masyarakat tambah2 lagi kat area kg Arwah Abah aku.. insyaAllah.
Tipu sangatla kalu takde rasa sedih nak tggalkan kawan2 kat sini.. sure ada..tapi ini di namakan pebngorbanan.. setiap pertemuan ada perpisahan..
Neway..korang.. Azura, Rafizah, Hafiz, Kak lura, Kak Syu, vicky, eryana... dan semua staff2 di kk Tengkera thanks a Lot, segala tunjuk ajar dan persahabatan yang korang berikan akan aku kenang... ada rezeki kiter bertemu lagi..
wassalam...

Thursday, November 10, 2011

Cik vs Puan


sedar tak sedar da 5 bulan aku bergelar isteri kepada en. khairul rohaizad rosli..insan a.k.a intan payung aku yang aku kenal sejak habis spm.. kalau di imbas2 semula, cam tak cayaje budak yang giler pembuli dulu jadi suami aku yang berkongsi segalanya setelah bergelar sebgi suami dan isteri.. ALhamdulillah...ini sudah tertulis dalam perjalanan hidup ku, bergelar isteri pada usia 26 tahun... thanks abang sebab sentiasa berada di sisi manje...luv u so much!

berbalik pade title aku...agak terasa juga perbezaan antara cik dan puan... skang da ada tanggungjawab besar sebagai isteri. apa2 keputusan mesti berbincang ngan suami. mana nak pegi kene minta izin suami..pendek kata suami perlu diutamakan dulu... 5 bulan perkahwinan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...gaduh, merajuk tetap ada..tapi at last kami tetap bersama.. hanya satu doaku moga Allah s.w.t. memberkati ikatan perkahwinan ini dan di tanamkan rasa kasih sayang antara kami....

buat teman2 blog sekalian...doakan kami...

Friday, October 1, 2010

BUANG BAYI...

Salam...
huh! penatnye rasa badan...walaupun tak sibuk sangat hari ni tapi masih terasa penat...
Hari ni (jumaat) macam biasala..bgn pagi..g keje..yang tak bestnye pagi-pagi perut da meragam..ces! ni pasal malam tadi melantak macam nak mati... makan 2 org tapi hidangan macam 5 org makan.. Tapi yang penting.. RESTORAN TERAPUNG PELICAN, AYER KEROH memang sedap..dan murah!
Sampai wad, perut meragam lagi..huhu! sempat cover patient skit je..sian premilar...die bertungkus lumus nak cover wad yang penuh tu...masa round plak sume org stress..ha! aper lagi termeletupla amarah ku..ceh!! sian kat kakak stafnurse..aku tau derang pun stress jugak..
Hari ni berjalan macam biasa. Tapi ada sesuatu yang sgt istimewa ari ni.. Ada CME Hospital yang presentatornye..my specialist... O&G consultant! presentationnye sangat menarik...
Topik tentang buang bayi...ngan video clips yang di tayangkan..terusik gak hati aku ni...
Honestly, kes buang bayi makin teruk skang...sengsara wei aku tengok org bersalin....diambang maut para ibu yang nak bersalin......sang suami tak habis-habis berdoa semoga sumenyer berjalan lancar...

Cuma aku pelik kenapa org sggup nak buang anak sendiri..anak yang sihat plak tu!! ada org berharap dapat anak sihat tapi takde rezeki..ada kecacatan...
Ada org yang berharap kandungan nye kekal sampai waktu bersalin lepas berpuluh-puluh tahun takde zuriat sendiri or gugur berulang kali....ada yang sampai menangis-nangis mintak doktor selamatkan anak dalam kandungan yang da tak bernyawa supaya hidup semula...
Doktor hanya manusia biasa, takde kuasa atas semua tu.
Tapi sayang mereka yang buang bayi...tak pernah rasa bersyukur akan zuriat yang lahir tu.......
anak tu tak berdosa, tak tahu apa-apa..dan tempatnye adalah dibawah perlindungan org yang bergelar AYAH dan IBU....bukan di TONG-TONG SAMPAH, SUNGAI,TEPI JALAN........

Presentation tadi memang sepatutnya disampaikan juga untuk orang awam.
RENUNGKANLAH..............

Wednesday, September 29, 2010

lebaran 2010


salam..kalau ikutkan skang ni, bulan Syawal da semakin meninggalkan kite..ramai kengkawan and rakan2 sekerja sibuk and berebut2 nak buat open house.. tapi aku jarang skali wat open house. last aku buat rasanye 4 tahun lepas kot. Tu pun masa mak masih terdaya dan semangat nak ajak jiran-jiran datang...tapi skang masing-masing sibuk. Dulu masa belajar lagi, so bleh la
habiskan masa ngan mak dan keluarga tolong-tolong untuk preparation meal. Tapi skang keje, huh! kalu cuti tu tido lagi bagus..
Raya tahun ni aku and family sambut sederhana je, sebab ada adik beradik yang balik umah mertua.. So mak, aku, kak Ida, Kak teh and Kak Lang je ada masa raya pertama. Tapi raya tetap seronok, sebab ada WAFI yang baru umur tak sampai seminggu. Budget duit raya bertambah tahun ni.
Menu pagi raya: mak buat rendang limpa+paru+hati...nyummiii.. (special menu tahun ni). Tapi rendang daging favourite aku takde.. aku pun melantak kat umah orang lein. Sebu perut sey! macam-macam rempah masuk dalam perut...
Raya ke-5 aku da start keje..huwaaa!! malas giler.. tapi terpaksa. Kalu tak banyak guna cuti..keje masa mood raya.. sadis gler...org lein sibuk g raya, tapi aku dok kat wad.. sedey!!!


Tuesday, June 16, 2009

BTN dan INDUKSI untuk HOUSEMAN 2009

salam..huhu..terlalu lama aku da meninggalkan blog ni..tersangat rindu..mmm byk benda yang da berlaku selama nie..yang tak sempat aku nak coretkan kat dalam blog ni..neway skang aku da mula memulakan tugas as a Doctor kat sebuah hospital KKM di semenanjung..tapi still belum bertemu ngan pesakit secara rasmi sebb skang masih orientation week. jeles gak ngan kawan2 yang da mla buat procedures..assist surgeries..mmm..tak per2..masanyer akan tiba juga..

aku btn di pontian...satu tempat yang begitu asing pada aku...mula2 sampai kat tempat tu...1st impression adalah..kilang kepek...huhu (johor kan kaya ngan kepek2 dan kopok2). aku tak leh nak bayangkan keadaan dalam bgnn tu...kakak aku pun gelak tgk tempat tinggal selama 5 hari aku tu...tekejut beruk den... tapi syang aku tak ambik pic tempat tu...sgt ketat peraturan sepanjang BTN tu...mmm tapi mknn nyer tersangatla sedap..mcm makann kat umah. 5 hari aku n rakan2 di kerah tenaga dan pikiran tentang kenegaraan..memang tersangat seronok bila membincangkan tentang tanah air sendiri..sgt berterima kasih tuk semua fasi2 yang byk bg pendedahan pada aku sepanjang BTN tu.. aku rasa kursus BTN kali ni ada memberi kesan pada diri aku..aku semakin DEWASA..huhu.... rugi sapa yang tak pergi...

pas tu aku n rakan2 terpecah dua....separuh g ke PD n separuh ker Klang tuk induksi plak selama 2 mgg... penat gler nak drive dr pontian ker PD. tapi sempat alik umah dulu..aku sampai PD da mghrib..kul 8 da taklimat...hua..penat2!! rupenyer sambung plak sesi LDK...sampai kul 12..Wahhh!!!! ngantuk...penat....nak marah pun ada..tapi nesib beik fasi n urusetia dari JKN pahang best2...tak jadi nak marah...

2 mgg mula2 seronok sgt..aduih..sakit pala la..nnt aku smbg lagi ek..ngan pic skali...